Khamis, 25 Disember 2008

AQSA DALAM BAHAYA



Baitul Madqis sebuah kota suci yang menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Tahudi dan Kristian. Bagi Yahudi yang diterajui oleh puak  Zionis menganggap kota ini sebagai tanah mereka dan orang Arab (samada muslim mahupun Kristian) tidak mempunyai apa-apa hak ke atas tanah tersebut.

Ehud Barak pun sewaktu dipilih untuk menjadi Perdana Menteri Israel dengan tegas menyatakan di dalam ucap tamanya: “Baitul Maqdis adalah ibu negara Erezt Yizrel buat selama-lamanya!”. malah sewaktu perjanjian “Camp David” kedua yang dihadiri oleh Arafat, Ehud Barak dan Clinton pada Julai 2000, Barak tetap mempertahankan pemilikan kaum Yahudi ke atas bandar suci Baitul Maqdis dan juga kawasan al-Haram al-Sharif . 

Menurut “Old Testament” ataupun “Torah” kitab suci kaum Yahudi ada menyebutkan bahawa di kawasan ini ( Masjid Al Aqsa dan Kubah Kuning ) terdapatnya “Haikal” ataupun kuil yang telah dibina oleh nabi Sulaiman di zaman kegemilangannya. Menurut sejarah Yahudi, Haikal tersebut telah diruntuhkan sebanyak dua kali, kali pertama pada 586 SM (sebelum Masihi) oleh Nebuchadnezar, maharaja kerajaan Babylon. Kesan daripada malapetaka yang pertama itu, kaum Yahudi dibawa ke Babylon ( Iraq ) dan telah dijadikan sebagai hamba sehingga beberapa tempoh.



Kemunculan Maharaja Cyrus, maharaja Parsi telah membawa mereka pulang ke Baitul Maqdis. Haikal yang kedua telah dibina semula oleh Maharaja Herods maharaja berketurunan Yahudi. Namun begitu pada tahun 70M, Titus, panglima perang Julius Ceaser telah menyerang Baitul Maqdis dan merobohkan kuil tersebut buat kali kedua.

 Sejak dari peristiwa tersebut, kuil ataupun haikal yang menjadi lambang keimanan kaum Yahudi itu hanya tinggal kenangan yang termaktub dalam kitab-kitab suci mereka sahaja bahkan mereka telah diusir dari bumi Baitul Maqdis.

Bermula dari tahun 114 Masihi, kaum Yahudi telah mencipta rukun iman mereka yang baru, iaitu mereka tidak akan pulang ke Baitul Maqdis sehinggalah munculnya “Messiah” (penyelamat) yang akan mengumpulkan kaum Yahudi di sana menjelang hari kiamat. Rukun iman ini terus menjadi kepercayaan kaum Yahudi di serata dunia sehinggalah ke hujung kurun ke-19. 

Apabila Eropah dilanda dengan kebangkitan golongan kristian Protestant, kaum Kristian di Eropah telah mula melakukan “penyemakan semula” terhadap kitab suci mereka. Antara aqidah mereka yang telah “disemak semula’ ialah perihal kedatangan semula Jesus ke dunia di Baitul Maqdis menjelang millenium kedua tahun Kristian. 

Idea golongan Protenstant untuk membawa pulang kaum Yahudi dan membina Haikal ini telah disambut baik oleh golongan sekularis dan juga golongan Protestant Yahudi (Haskalah).Namun begitu pandangan ini pada awalnya dipandang sinis oleh majoriti kaum Yahudi dari serata dunia, terutamanya golongan Ortodoks kerana ianya bertentangan dengan rukun iman mereka yang mengatakan mereka tidak akan pulang ke Palestin dan Baitul Maqdis kecuali hanya selepas kemunculan Messiah.



Idea golongan Zionis ini menjadi popular selepas beberapa tempoh di atas dua perkara utama. iaitu 

1. Kemunculan fatwa bahawa Messiah akan datang dalam dua peringkat oleh seorang Rabbi Yahudi dari Eropah bernama Rabbi Cook pada tahun 1925M Menurut beliau, kitab Talmud telah menyebutkan bahawa Messiah akan muncul dalam dua bentuk, yang pertamanya Messiah berbentuk fizikal yang telah pun muncul, iaitu gerakan Zionis. Messiah kedua pula, adalah Messiah spiritual yang hanya akan muncul di akhir zaman selepas tertubuhnya Erezt Yizrael (negara Israel) di bumi Palestin dan terbinanya Haikal. Messiah spiritual inilah yang akan memimpin kaum Yahudi pada waktu itu untuk membunuh bangsa lain di dunia.

 2. Berlakunya peristiwa Holocaust di Eropah, terutamanya di Jerman dan Austria. Penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh kebanyakan Yahudi Eropah akibat polisi Nuremberg Hitler dan juga siri-siri keganasan lain telah memaksa kebanyakan Yahudi di Eropah berhijrah ke Palestin.

Di antara rukun iman dan kehidupan, mereka memilih kehidupan dan akhirnya membanjiri bumi Palestin yang dulunya hanyalah mimpi bagi mereka. Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basil, Switzerland pada 1897, mereka bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis. 



 Walaupun nampak kedua-dua golongan Kristian Protestant dan Zionis mempunyai visi yang berbeza ,  namun wasilah mereka sama. Kedua-duanya ingin menubuhkan semula Haikal yang didakwa dan mengumpulkan orang-orang Yahudi di Baitul Maqdis dan di bumi Palestin. 

Oleh kerana itu tidak hairanlah di Eropah wujudnya golongan Kristian Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan Kristian yang membantu golongan Zionis untuk membina semula Haikal. Pertubuhan-pertubuhan inilah yang telah menyalurkan dana-dana mereka kepada rejim Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan ekstrimis dan pengganas Yahudi untuk menjayakan cita-cita mereka. 

Mereka jugalah yang merancang usaha merobohkan masjid al-Aqsa dan Kubah al-Sahra dan kemudiannya membina Haikal yang mereka impikan itu. Buktinya pada 28 Ogos 1981 umat islam telah dikejutkan dengan penemuan terowong yang digali oleh anasir Yahudi di bawah masjid al-Aqsa . Akibat dari penggalian ini kawasan barat daya masjid al-Aqsa telah mengalami keretakan yang amat dahsyat . Walaupun tiada kenyataan dan juga usaha-usaha agresif dan terang-terangan untuk merobohkan al-Haram al-Sharif, namun banyak tindakan mereka mengarah ke arah tujuan tersebut.

.Segala usaha penggalian terowong, pengambilan tembok Buraq sejak tahun 1956 telah cukup menzahirkan niat dan juga agenda tersembunyi mereka.

2 ulasan:

Uwais Amzar's Family berkata...

salam ukhwah & salam Hijrah 1430 ustaz.. bagus juga ustaz buatkan entry ni..sekurang2nya kami dapat tau juga tentang masjid al-aqsa ni..kalu skrg nak tgk live, dengan 'keadaan' skrg x mengizinkan...ntah tak dapat tgk agaknya..

Muslim berkata...

Salaam.
Saya sungguh hiba dengan apa yang terjadi,

Di mana kehadiran budi,

Apakah jasa dilupakan,

Kebaikan kaum muslimin tidak dibalas,

Wahai kaum Yahudi,

Ingat akan budi kaum muslimin,

Tempat kami jangan disentuh,

Kelak kamu tahu siapa layak dipatuh,

Sudahlah hentikan segalanya,

Sebelum Tuhan aku dan engkau mengazabmu,

Sebagai muslim,

Aku mengajakmu menjadi saudaraku,

Abang kepada moyangmu,

Janganlah tolak kataku ini,

Akan dimusnahkan oleh Allah di masa kini!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN