Khamis, 25 Disember 2008

QUBBAT AS SAKHRAH





Qubbat As-Sakhrah atau “ Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning ialah antara seni binaan islam yang tercantik di dunia. Didalamnya terdapat sebungkah batu besar yang  tempat berdirinya Rasulullah s.a.w. sebelum naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.






Semasa pembukaan Kota Baitul Muqaddis pada tahun pada tahun 15Hijrah bersamaan 636 Masehi Khalifah Kedua Khulafah Ar Rasyidin ( Umar bin AlKhattab ) telah mendapati kawasan batu tergantung ini dipenuhi dengan sampah sarap lalu Saidina Umar bersama penduduk Baitul Muqaddis dan tentera muslimin bergotong royong membersihkan kawasan ini..



PembinaanMasjid Qubbat  As Sakhrah 
Antara tahun 689 Masihi hingga 692 Masihi ( 69 Hijrah hingga tahun 72 Hijrah ) Khalifah Abdul Malik bin Marwan,  khalifah Bani Umayyah yang kelima telah meninggikan kawasan sekitar Batu terapung sehingga menyamai paras Batu Terapung. Sebuah masjid telah dibina  di kawasan batu tergantung ini bagi melindungi pengunjung Haram AsSyarif daripada  panas dan cuaca sejuk ( salji ). Masjid yang dimaksudkan itu diberi nama   "Dome of The Rock"  atau dalam bahasa Arabnya dipanggil " Qubbat As Sakhrah" .

Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci.kerana ianya termasuk di dalam kawasan Haram Al Sharif . Keistimewaan Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadikan bangunan ini sebagai simbol utama bagi Kota Suci Baitulmuqaddis.


Catatan:
Dome Of The Rock / Qubbat As Sakhrah  dan Masjid Umar adalah dua masjid yang berbeza. Setelah menandatangi perjanjian penyerahan Kota Baitul Maqdis, Paderi Sophronius telah mempelawa Saidina Umar Solat Zohor di dalam  Holy Sepulchre atau  Gereja AlQiamah di Beitlehm. Dengan penuh hormat, Saidina Umar menolak pelawaan tersebut sebaliknya beliau mendirikan Solat Zohor di satu kawasan lapang bersebelahan dengan gereja tersebut. Di atas tapak Saidina Umar solat inilah telah dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.

Info mengenai Pembukaan Kota Baitul Muqaddis dan Masjid Umar Sila klik disini

Untuk mengetahui apa yang terdapat didalam Masjid Qubbatus Sakhrah- Saksikan video ini

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN