Selasa, 25 Mei 2010
MENGENALI MASJID AL AQSA
Kalau setakat Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah semua orang tahu dan kenal sangat bentuk binaannya tetapi seandainya berbicara tentang Masjid Al Aqsa, rasanya tidak ramai yang tahu mengenainya.
Masjid Al Aqsa merupakan sebuah masjid yang sangat penting kepada umat Islam. Masjid yang terletak di bumi Palestin ini pernah satu ketika dahulu menjadi qiblat pertama umat Islam sebelum berpindah ke Baitullah alHaram di Mekah. Rasulullah telah bersembahyang di masjid ini sebelum naik ke Sidratul Muntaha menemui Allah semasa peristiwa Isra' dan Mekraj,
Masjid Al Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina selepas pembinaan Ka’abah. Jarak masa antara pembinaan Kaabah dan Masjid Al-Aqsa adalah selama 40 tahun. Sesungguhnya Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis,Palestin yang kedua duanya dibina oleh Nabi Ibrahim a.s mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat serta tanah suci bagi umat Islam.
Untuk Mengetahui rupabentuk Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya, sila lihat klip video di bawah ini
Baca Seterusnya,Sila klik di sini
Khamis, 25 Disember 2008
QUBBATUS SAKHRAH
Qubbat As-Sakhrah atau “ Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning ialah antara seni binaan islam yang tercantik di dunia. Didalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat berdirinya Rasulullah semasa hendak naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.Masjid Qubbatus As Sakhrah yang terletak di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini telah dibina oleh Amirul Mukminin Khalifah Umar bin AlKhattab pada tahun 15Hijrah bersamaan 636 Masehi.
Pembesaran Masjid Qubbatus Sakhrah
Antara tahun 69 Hijrah hingga tahun 72 Hijrah Khalifah Malik bin Marwan dari Kerajaan Islam Bani Umayyah telah membina dan membesarkan masjid ini. Kemudian masjid ini yang pada awalnya dikenali sebagai Masjid Umar telah ditukarkan namanya kepada "Dome of The Rock" atau Masjid Qubbatus Sakhrah dan nama ini kekal diguna pakai sehinggalah ke hari ini .
Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci.kerana ianya termasuk di dalam kawasan Haram Al Sharif . Keistimewaan Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadikan bangunan ini sebagai simbol utama bagi Kota Suci Baitulmuqaddis.
Dome of the rock @ Kubah Kuning
Untuk mengetahui apa yang terdapat didalam Masjid Qubbatus Sakhrah- Saksikan video ini
Baca Seterusnya,Sila klik di sini










