Isnin, 15 Disember 2008

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Pemandangan Kota Baitul Muqaddis

Baitul-Muqaddis yang dikenali juga sebagai Baitul Maqdis atau Juruselem merupakan sebuah kota suci rebutan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

Di bumi inilah telah menjadi saksi  keteguhan dan kesungguhan para Mursalin dalam mengajak dan mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam.

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Baitul Muqaddis dahulunya dikenali sebagai Auor Salem merupakan sebuah ibu negeri kepada Kerajaan Bani Israil pimpinan Nabi Allah Daud a.s. dan puteranya Nabi Allah Sulaiman a.s.

Setelah kewafatan Nabi Sulaiman, kota ini telah jatuh dan dijajah oleh kuasa kuasa besar seperti Kerajaan Asyiria ( Asyur ),  Mesir, Babylon, Parsi, Rom dan Byzantine.

Pada tahun 135M, kota ini telah dimusnahkan menjadi padang jarak padang tekukur gara gara penentangan yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap Pemerintah Rom.

Sejak daripada itu tiada seorang Yahudipun dibenarkan menghuni kota suci ini.


Pada tahun 638 M= 634H, tentera
di bawah pimpinan Khalifah Umar al Khattab telah berjaya menawan kota ini dari Kerajaan Byzantine tanpa ada sebarang pertumpahan darah.

Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar memasuki kota suci ini dengan hanya berjalan kaki .

Tindakan Saidina Umar ini telah memberi satu mesej ccbahawa Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini telah membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Kota Baitul Muqaddis setelah sekian lama ianya dikotori dengan pelbagai kecurangan dan amalan syirik. 

BAITUL MUQADDIS JATUH KE TANGAN TENTERA SALIB

Suasana kegemilangan Islam di kota suci ini berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II telah mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. 

Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh Pemerintah Islam Seljuk. 

Gerombolan Kristian Eropah telah tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.
Setelah mengepung selama 5 minggu, akhirnya tentera Salib  berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan membunuh seramai 40,000 nyawa tanpa belas kasihan.

Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini malah mereka sewenang wenangnya melakukan kekejaman di sepanjang pemerintahan mereka.



Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya membebaskan semula kota suci ini tanpa dicemari dengan pertumpahan darah

Penduduk kota ini yang bukan Islam diberi pilihan samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di  bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan keselamatan nyawa, harta dan tempat ibadah mereka.

PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI

Kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah memberi khabar duka buat umat Islam. Bumi Palestin dan bekas tanah jajahan Daulah Uthmaniyyah telah diagih agihkan kepada tiga kuasa besar iaitu British, Rusia dan Perancis.


Pada tahun 1948 , kaum Yahudi telah dibawa masuk ke bumi Palestin lalu mereka menubuhkan sebuah negara haram Yahudi dengan bantuan kuasa-kuasa Barat.

Bermula dari saat ini kota suci ini terus bermandikan darah. Kini kota suci ini  tidak lagi mengenal erti keamanan dan perdamaian.

Keangkuhan bangsa Yahudi semakin menjadi jadi. Pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Austria telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . 

Diikuti pada tahun 2000, Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkaknya menceroboh kawasan Al-Quds.


Kini ( Mei 2018 ), Kota Suci ini telah dijadikan ibu negeri bagi sebuah negara Yahudi.

BACA LAGI...
Sila klik pada pautan yang berkenaan.

  1. Pembukaan Kota Baitul Muqaddis
  2. Salahuddin al Ayubi
  3. Perang Salib Bhg 1


5 ulasan:

syasya berkata...

huhu mak cik saye dh persi masjid al aqsa...sedih dgr cerita die..jika berpeluang.saya juga mahu kesana..InsyaAllah

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) berkata...

Syasya ...
Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Insya Allah hajat Syasya untuk kesana akan dimakbulkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin

millie berkata...

Assalam saudara, saya sedang giat membuat sedikit homework untuk mengetahui sejarah masjid alaqsa dan terjumpa blog ini. Terima kasih atas perkongsian ini, sangat mwmbantu. insyaallah saya pertengahan November ini saya mengikuti tour ke Amman dan tarikan utama ialah melawat Masjid Al Aqsa. Saya hargai maklumat terkandong dalam blog saudara ini, terika kasih sekali lagi.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) berkata...

Terima kasih kembali. Alangkah gembiranya saya bila mendapat berita saudara akan ke sana pada pertengahan November ini. Sayapun bercadang nak ke sana pada pertengahan bulan Januari tahun depan. Masa tu disana musim sejuk - ada salji. Nanti dalam perjalanan doakan saya dimurahkam rezeki dan dipermudahkan urusan untuk saya dan isteri sampai ke" ardullah almuqaddasah"

Unknown berkata...

Salam....saya berpeluang menjejak kaki ke old city di jerusalem....cuba ingin bertanya terdapat 2 masjid di dlm old city....yg mane satu masjid al aqsa? Adakah masjid yg bedekatan di willing wall itu al aqsa atau sebaliknya.....bole saudara beri penerangan sedikit....kerana pada minggu hadapan saya akan kesana lagi....terima kasih...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN

Enter Fleedy.com