Isnin, 15 Disember 2008

PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN

Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.

Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.

Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.

Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penajara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.


Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.


Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.
Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. 


Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.

Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.


Catatan :
Untuk ke blog saya yang lain, sila klik pada ruangan 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN

Enter Fleedy.com