Selasa, 25 Ogos 2020

QUBBAT AS-SAKHRAH








Qubbat As-Sakhrah atau “Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning ialah antara seni binaan islam yang tercantik di dunia.

Di dalamnya terdapat sebungkah batu besar yang  tempat berdirinya Rasulullah s.a.w. sebelum naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.







SEJARAH BATU TERGANTUNG

Semasa pembukaan Kota Baitul Muqaddis pada tahun 15H = 636M Saidina Umar al Khattab telah mendapati kawasan batu tergantung ini dipenuhi dengan sampah sarap.

Saidina Umar bersama penduduk Baitul Muqaddis dan tentera Muslimin telah bergotong royong membersihkan kawasan ini..

PEMBINAAN MASJID QUBBAT AS-SAKHRAH

Antara tahun 689M hingga 692M ( 69H hingga 72H ) Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Kerajaan Bani Umayyah telah menambak dan meninggikan kawasan sekitar sehingga menyamai paras Batu Tergantung. 

Lantai masjid ditinggikan hingga menyamai paras Batu Tergantung 

Sebuah masjid telah dibina di kawasan batu tergantung ini bagi melindungi pengunjung Haram As Syarif daripada panas dan cuaca sejuk (salji).

Untuk kemudahan pengunjung turun ke bahagian bawah batu tergantung maka sebuah tangga khas telah disediakan di dalam masjid.

MASJID QUBBAT AS-SAKHRAH DAN MASJID AL AQSA DUA MASJID YANG BERBEZA


Namun begitu, Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci kerana ianya termasuk di dalam kawasan Haram Al Sharif. 

Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadi simbol utama bagi Kota Suci Baitul Muqaddis sehingga ke hari ini.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ
 Catatan  

Dome Of The Rock (Qubbat As Sakhrah) dan Masjid Umar adalah dua masjid yang berbeza. 

Masjid Umar adalah sebuah masjid yang dibina di atas satu kawasan tempat Saidina Umar al Khattab mendirikan solat Zohor semasa beliau berkunjung buat kali pertamanya ke Baitul Muqaddis.

Masjid ini asalnya sebidang tanah lapang yang terletak bersebelahan dengan gereja al Qiamah yang terletak di Beithlehm.

SEJARAH MASJID UMAR ALKHATTAB

Pada tahun 638M, tentera Islam telah berjaya menumpaskan tentera Rom dalam peperangan Yarmuk dan seterusnya menguasai Kota Baitul Muqaddis. 

Ketua Gereja Baitul Muqaddis, Sophronius telah meletakkan syarat agar Saidna Umar datang sendiri ke Baitul Muqaddis untuk mengambil kunci kota itu darinya.

Saidina Umar akur dengan permntaan itu dan memasuki Baitul Muqaddis dengan hanya berjalan kaki tanpa sedikitpun berlaku pertumpahan darah.

Setelah menandatangani perjanjian penyerahan Kota Baitul Muqaddis, Paderi Sophronius telah mempelawa Saidina Umar Solat Zohor di dalam Holy Sepulchre atau dikenali sebagai Gereja al Qiamah. 

Dengan penuh hormat, Saidina Umar menolak pelawaan tersebut sebaliknya beliau mendirikan Solat Zohor di satu kawasan lapang bersebelahan dengan gereja tersebut. 

Di atas kawasan inilah telah dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.

πŸ’œπŸ’›πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’™πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ



πŸ’œπŸ’›πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’™πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Selasa, 7 April 2020

AL AQSA - DI SINI ISRA’ NYA RASULULLAH


Kalimah Isra’ dalam bahasa Arab bermaksud memperjalankan adapun Mi’raj pula bermaksud naik ke langit bertemu Allah untuk mengambil kefardhuan ibadah Solat. 

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa penting dalam islam di mana Rasulullah ο·Ί telah diperjalankan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa di Palestin.

 πŸ’š Firman Allah 

Ψ³ُΨ¨ْΨ­َΨ§Ω†َ Ψ§Ω„َّΨ°ِي Ψ£َΨ³ْΨ±َΩ‰ٰ Ψ¨ِΨΉَΨ¨ْΨ―ِΩ‡ِ Ω„َيْΩ„ًΨ§ Ω…ِّΩ†َ Ψ§Ω„ْΩ…َΨ³ْΨ¬ِΨ―ِ Ψ§Ω„ْΨ­َΨ±َΨ§Ω…ِ Ψ₯ِΩ„َΩ‰ Ψ§Ω„ْΩ…َΨ³ْΨ¬ِΨ―ِ Ψ§Ω„ْΨ£َΩ‚ْΨ΅َΩ‰ Ψ§Ω„َّΨ°ِي Ψ¨َΨ§Ψ±َΩƒْΩ†َΨ§ Ψ­َوْΩ„َΩ‡ُ Ω„ِΩ†ُΨ±ِيَΩ‡ُ Ω…ِΩ†ْ ؒيَΨ§ΨͺِΩ†َΨ§ ۚ Ψ₯ِΩ†َّΩ‡ُ Ω‡ُوَ Ψ§Ω„Ψ³َّΩ…ِيعُ Ψ§Ω„ْΨ¨َΨ΅ِيرُ ﴿Ω‘﴾ Ψ§Ω„Ψ₯Ψ³Ψ±Ψ§Ψ‘

Maksudnya
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang kami berkati sekitarnya supaya kami memperlihatkan ayat ayat Kami Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah al Isra ayat 1


TARIKH BERLAKUNYA ISRA DAN MI’RAJ 

Hakikatnya tiada satu tarikh khusus yang mengatakan bila peristiwa ini berlaku.

Para Ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan tarikh sebenar berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini.

Selain daripada tarikh 27 Rejab tahun kesepuluh dari kenabian Rasulullah ο·Ί, ada juga pendapat yang mengatakan ianya berlaku pada...

  • Bulan Ramadan, 16 bulan sebelum Hijrah.
  • Bulan Muharam, 14 bulan sebelum Hijrah.
  • Bulan Rabiul Awal 12 bulan sebelum Hijrah.

Ketiga-tiga tarikh di atas berlaku selepas kewafatan Khadijah RA dan ada kewajaran berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Adapun pendapat yang mengatakan bahawa ianya berlaku pada tanggal 27 Rejab Tahun kesepuluh dari kenabian Rasulullah ο·Ί adalah dilihat sebagai pendapat yang lemah.

Ini adalah kerana peristiwa Isra’ dan Mi’raj terjadi selepas kewafatan Khadijah RA.

Sedangkan tarikh 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian Baginda ο·Ί berlaku SEBELUM kewafatan Khadijah RA.

πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’šπŸ’›
Catatan
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’šπŸ’›

Khadijah binti Khuwaili, 
wafat pada bulan Ramadhan
 Tahun kesepuluh kenabian 
Rasulullah ο·Ί

πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’›

Adapun waktu Rasulullah ο·Ί diperjalankan ke Masjid al Aqsa bermula selepas solat Isyak dan kembali ke Mekah sebelum Subuh pada malam yang sama.

Baginda ο·Ί telah mengenderai satu tunggangan khas dari syurga yang dikenali sebagai Buraaq.


NAIK KE LANGIT MENERIMA IBADAH SOLAT

Selesai sahaja Rasulullah ο·Ί solat dua rakaat di Masjid al Aqsa, Baginda ο·Ί telah didatangi malaikat Jibril membawa dua bekas yang masing masing berisi arak dan susu.

Rasulullah ο·Ί memilih susu lalu Jibril a.s berkata: “Engkau telah memilih fitrah.”

Setelah itu Jibril a.s membawa Baginda ο·Ί naik ke langit menuju ke Sidratul Muntaha.

Di Sidratul Muntaha, Allah telah menganugerahkan ibadah solat lima waktu terus kepada Rasulullah ο·Ί tanpa perantaraan malaikat Jibril.


BATU TERAPUNG BUKTI BERLAKUNYA ISRA’ DAN MI’RAJ.

Sememannya Orang orang Yahudi dan Nasara telah mengetahui akan kewujudan bungkahan batu tersebut sebelum berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Ini adalah kerana kisah batu tersebut telah disebut di dalam Kitab kitab Taurat, Zabur dan Injil milik mereka.

Sesungguhnya mereka telah diberitahu bahawa bungkahan batu terapung adalah isyarat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Andai kata peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku bukan di bumi Palestin, sudah pasti mereka akan menafikan kebenaran akan  peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

BATU TERAPUNG SEMASA PEMERINTAHAN ISLAM

Kota Baitul Muqaddis telah dibuka pada tahun 634M (13H) setelah tentera Muslimin berjaya menewaskan tentera Byzntine di dalam Peperangan Yarmuk.

Ketika Saidina Umar datang untuk membuka kota Baitul Muqaddis, Beliau mendapati kawasan Batu Terapung telah dicemari dan dipenuhi dengan sampah sarap.

Tanpa membuang masa Saidina Umar bersama kaum Muslmin bergotong royong membersihkan kawasan sekitar batu tersebut.


Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (647M-705M), sebuah masjid telah dibina bagi melindungi dan memelihara batu tersebut.

Oleh kerana kawasan masjid dan sekitarnya telah ditinggikan hingga menyamai paras batu terapung maka batu tersebut seolah olah kelihatan tidak terapung lagi.










Sehingga ke hari ini Masjid Dome Of The Rock dan Batu terapung telah menjadi mercu kemegahan kota Baitul Muqaddis dan harta umat Islam yang tidak ternilai harganya.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’›

πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’›

Selasa, 14 Januari 2020

AL AQSA DALAM BAHAYA


Baitul Muqaddis sebuah kota suci yang menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. 

Bagi Yahudi, mereka menganggap kota ini sebagai tanah mereka dan orang Arab tidak mempunyai apa-apa hak ke atas tanah tersebut.

Ehud Barak sewaktu dipilih menjadi Perdana Menteri Israel dengan tegas  telah berkata

Baitul Maqdis adalah ibu negara Erezt Yizrel buat selama-lamanya!. 

Malah sewaktu perjanjian Camp David kedua pada Julai 2000, beliau tetap mempertahankan pemilikan Yahudi ke atas kota suci ini dan kawasan al-Haram al-Syarif . 

Menurut Old Testament iaitu kitab suci kaum Yahudi kononnya ada menyebutkan bahawa di kawasan Masjid Al Aqsa dan Kubah Kuning terdapatnya “Haikal” yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman.

Menurut sejarah Yahudi, Haikal tersebut telah diruntuhkan sebanyak dua kali iaitu oleh 
  • Nebuchadnezar, Raja Babylon pada tahun 586SM.  
  • Titus, panglima perang Julius Ceaser pada tahun 70M

Sejak dari peristiwa tersebut, haikal yang menjadi lambang keimanan Yahudi itu hanya tinggal kenangan bahkan mereka telah diusir dari bumi Baitul Muqaddis.

Bermula dari tahun 114M, kaum Yahudi telah mencipta rukun iman mereka yang baru, iaitu mereka TIDAK AKAN PULANG ke Baitul Muqaddis sehinggalah munculnya “Messiah”

Rukun iman ini terus menjadi kepercayaan kaum Yahudi di serata dunia sehinggalah ke akhir kurun ke-19. 




FAKTOR PENYEBAB YAHUDI KEMBALI KE BAITUL MUQADDIS

πŸ’–πŸ’– PERTAMA 
πŸ’–
Kemunculan fatwa bahawa Messiah akan datang dalam dua peringkat oleh seorang Rabi Yahudi dari Eropah bernama Rabbi Cook pada tahun 1925M

Menurut beliau, kitab Talmud telah menyebutkan bahawa Messiah akan muncul dalam dua bentuk,
  1. Messiah fizikal yang telah pun muncul, iaitu gerakan Zionis.
  2. Messiah Spiritual yang hanya akan muncul di akhir zaman selepas tertubuhnya Erezt Yizrael di bumi Palestin dan terbinanya Haikal. 

Messiah spiritual inilah yang akan memimpin kaum Yahudi pada waktu itu untuk membunuh bangsa lain di dunia.

πŸ’–πŸ’– KEDUA 
πŸ’–
Berlakunya peristiwa Holocaust di Eropah terutamanya di Jerman dan Austria. 

Penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh kebanyakan Yahudi Eropah akibat polisi Nuremberg Hitler dan juga siri-siri keganasan lain telah memaksa kebanyakan Yahudi di Eropah berhijrah ke Palestin.





Di antara rukun iman dan kehidupan, mereka lebih memilih kehidupan dan akhirnya mereka membanjiri bumi Palestin yang dahulunya hanyalah mimpi bagi mereka. 

Melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basil, Switzerland pada 1897, mereka bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin. 

TERIMA PEMBIAYAAN DARI PERTUBUHAN KRISTIAN PROTESTAN 

Walaupun nampak golongan Kristian Protestant dan Zionis mempunyai visi yang berbeza, namun matlamat mereka adalah sama iaitu
  • Membina semula Haikal yang didakwa dan 
  • Mengumpulkan orang-orang Yahudi di Baitul Muqaddis dan di bumi Palestin. 

Maka tidak hairanlah di Eropah wujudnya golongan Kristian Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan Kristian yang membantu golongan Zionis untuk membina semula Haikal. 

Pertubuhan-pertubuhan inilah yang telah menyalurkan dana-dana mereka kepada rejim Zionis dan juga pertubuhan-pertubuhan ekstrimis dan pengganas Yahudi untuk menjayakan cita-cita mereka. 

Mereka jugalah yang merancang usaha merobohkan masjid al-Aqsa dan Kubah al-Sahra dan digantikan dengan Haikal yang mereka impikan. 







PENEMUAN TEROWONG RAHSIA DI BAWAH MASJID AL AQSA

Buktinya pada 28 Ogos 1981 umat islam telah dikejutkan dengan penemuan TEROWONG yang digali oleh anasir Yahudi di bawah Masjid Al Aqsa.

Akibat dari penggalian ini kawasan barat daya masjid al-Aqsa telah mengalami keretakan yang amat dahsyat . 

Walaupun tiada kenyataan dan juga usaha-usaha agresif dan terang-terangan untuk merobohkan al-Haram al-Sharif, namun banyak tindakan mereka mengarah ke arah tujuan tersebut.

Segala usaha penggalian terowong, pengambilan tembok Buraq sejak 1956 telah cukup menzahirkan niat dan juga agenda tersembunyi mereka.


Video Terowong di bawah
Masjid al Aqsa

πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Jumaat, 1 November 2019

MASJID AL AQSA DIKHIANATI



Kejatuhan Daulah Uthmaniah pada tahun 1924 telah meberi kesan mendalam kepada bumi Palestin. 

Mulai dari saat itu, penghijrahan besar besaran kaum Yahudi dari Eropah ke bumi Palestin telah dilakukan atas peranan dan restu daripada British, Russia dan Perancis.

Tanggal 15 Mei 1948, satu tarikh trajedi dan malapetaka besar bagi penduduk Palestin apabila sebuah bangsa yang dilaknat Allah telah mengisytiharkan penubuhan sebuah negara haram Yahudi di bumi Palestin..

Tindakan biadap mereka ini telah mendapat tentangan daripada negara negara Arab sehingga mencetuskan Perang Arab Israil pada tahun 1967. 

Atas bantuan dari Amerika dan British, kemenangan memihak kepada rejim Yahudi.

Dengan kemenangan ini, mereka semakin agresif dan ganas. Masjid dan rumah mereka dirobohkan dengan sewenang wenangnya.

Hak rakyat Palestin sebagai penduduk pribumi dinafikan malah nyawa dan darah rakyat Palestin bagi mereka tidak bernilai sama sekali. 

Mereka mengibaratkan  rakyat Palestin seperti Anjing atau yang dipanggil sebagai GOYYIM. 



Sewaktu pihak berkuasa Palestin (PA) berusaha membawa jasad Arafat pulang ke Palestin dari Perancis untuk disemadikan, Menteri keadilan Israel dengan angkuhnya telah berkata

Baitul Maqdis adalah tanah untuk raja-raja Yahudi bukannya untuk pengganas Arab seperti Arafat 

Begitu juga dengan Masjid Aqsa, tidak terlepas daripada tindakan biadab dan ganas mereka malah masjid yang suatu ketika dahulu pernah menjadi medan dakwah para nabi ini telah dikhianati dan dinodai kesuciannya. 

PENGKHIANATAN YAHUDI KE ATAS MASJID AL AQSA


 PERTAMA 
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
Mengisytiharkan Tembok Buraq milik mereka


Tembok Buraq terletak di sebelah barat Masjid Al Aqsa merupakan kawasan yang penting dalam islam dan ianya adalah sebagian daripada Haram As Syarif. 

Di sinilah Rasulullah telah mengikat Buraq ( tunggakan yang membawa Baginda ke Masjid Al Aqsa ) sewaktu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Namun begitu, Tembok Buraq kini telah ditukar nama kepada Tembok Meratap



Menurut kepercayaan Orang Yahudi, Tembok Meratap ini adalah tempat Orang Yahudi meratapi kehilangan Haikal yang pernah dibina oleh Nabi Sulaiman satu ketika dulu.

Selain daripada itu, Tembok Meratap ini merupakan tempat melakukan upacara keagamaan dan angkat sumpah bagi mereka yang akan menjawat jawatan tertinngi dalam angkatan tentera Yahudi.


KEDUA 
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
Membakar Masjid Al Aqsa.

Tragedi hitam ini berlaku pada 21hb Ogos 1969 dimana seorang Yahudi dari Austria bernama Dr Dennish Micheal Rohan telah bertindak membakar Masjidil Aqsa.

Antara tempat yang mengalami kerosakan ialah mimbar masjid yang telah dibina oleh Nuuddin al Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin AlAyubi di zaman pemerintahannya.


Sehari suntuk umat islam bertungkus lumus memadamkan api dan menyelamatkan kesan kesan sejarah yang terdapat di masjid tersebut.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™

Dr Dennish Micheal Rohan
telah dibebaskan oleh
Mahkamah Rejim Zionis
atas alasan tidak siuman walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™

Ekoran dari insiden ini, Pertubuhan Persidangan Islam Sedunia ( OIC ) telah ditubuhkan dan tarikh 21hb. Ogos dipilih sebagai Hari Memperingati Masjid Al Aqsa.


KETIGA 
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
Penggalian Terowong Rahsia bawah Masjid Al Aqsa 

Penggalian Terowong rahsia dengan niat jahat ingin merobohkan Masjid Al Aqsa dalam usaha membina Haikal Beit HaMikdash (Kuil Nabi Sulaiman atau Solomon Temple).


Selain daripada itu, banyak lagi cubaan cubaan yang menjurus kepada memusnahkan Masjid ketiga suci dan kiblat pertama umat Islam.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™

Ahad, 7 Disember 2014

MENGENALI MASJID AL AQSA


Masjid Al Aqsa merupakan sebuah masjid yang sangat penting kepada umat Islam. 

Ianya merupakan masjid yang kedua dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. selepas 40 tahun pembinaan Ka’abah.

Masjid yang terletak di bumi Palestin ini pernah  menjadi QIBLAT PERTAMA umat Islam suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke Masjid al Haram di Mekah.


Rasulullah pernah bersembahyang di masjid ini sebelum naik ke langit menemui Allah semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.


Untuk Mengetahui rupa bentuk Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya, sila lihat klip video di bawah ini

Isnin, 15 Disember 2008

AL AQSA - DISINI ISRA'NYA RASULULLAH



Firman Allah

Maksudnya
Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambanya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa yang kami berkati sekitarnya supaya kami memperlihatkan ayat ayat  Kami Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah al Isra ayat 1

Peristiwa Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa penting dalam islam. Dalam peristiwa ini  Rasulullah s.a.w. telah diprjalankan dari Masjidil Haram di Mekah  ke Masjid Al Aqsa di Palestin.



Kemudian Rasulullah naik ke langit mengambil kefarduan ibadah Solat. Ianya berlaku pada tanggal 27 Rejab Tahun kesebelas dari kenabian Rasulullah s.a.w.

Isra' dalam bahasa Arab bermaksud memperjalankan pada waktu malam iaitu Allah telah memperjalankan Rasulnya pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa di Palestin.

Isra'nya Rasulullah bermula selepas solat Isyak dan kembali semula ke Masjidil Haram di Mekah sebelum Subuh pada malam yang sama.

Adapun Mi'raj bermaksud "naik ke langit bertemu Allah di Sidratul Muntaha.



Setelah selesai solat dua rakaat di Masjid Al Aqsa, Rasulullah terus menuju ke arah sebungkah batu besar dan berdiri di atasnya.

Allah telah mengangkat batu tersebut semasa Rasulullah mi'raj ke langit dan membiarkannya terawang awang di udara sehingga ke hari ini.

 

Semasa pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan, kawasan sekitar batu tersebut telah ditinggikan. SEbuah masjid telah dibina di kawasan batu tersebut yang dikenali pada hari ini sebagai masjid kuning atau Qubbatus Sakhrak ( Dome of the Rock ).

BATU TERGANTUNG BUKTI NYATA PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ.

Sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj, Orang - orang Yahudi melihat dan menyaksikan bahawa batu yang tergantung itu asalnya terletak di atas tanah.

Mereka juga mengetahui dan mengakui bahawa batu tersebut sebagai isyarat berlakunya Mi'raj Rasulullah ke langit sebagai mana yang tercatat dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.t.

Andaikata peristiwa Isra' dan Mi'raj ini berlaku bukan di bumi Palestin, sudah pasti mereka akan menafikan kebenaran Rasulullah dan peristiwa Isra' dan Mi'raj .

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Pemandangan Kota Baitul Muqaddis

Baitul-Muqaddis yang dikenali juga sebagai Baitul Maqdis atau Juruselem merupakan sebuah kota suci rebutan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.

Di bumi inilah telah menjadi saksi  keteguhan dan kesungguhan para Mursalin dalam mengajak dan mendidik manusia mengenal hakikat Tauhid dan ajaran Islam.

SEJARAH BAITUL MUQADDIS

Baitul Muqaddis dahulunya dikenali sebagai Auor Salem merupakan sebuah ibu negeri kepada Kerajaan Bani Israil pimpinan Nabi Allah Daud a.s. dan puteranya Nabi Allah Sulaiman a.s.

Setelah kewafatan Nabi Sulaiman, kota ini telah jatuh dan dijajah oleh kuasa kuasa besar seperti Kerajaan Asyiria ( Asyur ),  Mesir, Babylon, Parsi, Rom dan Byzantine.

Pada tahun 135M, kota ini telah dimusnahkan menjadi padang jarak padang tekukur gara gara penentangan yang dilakukan oleh kaum Yahudi terhadap Pemerintah Rom.

Sejak daripada itu tiada seorang Yahudipun dibenarkan menghuni kota suci ini.


Pada tahun 638 M= 634H, tentera
di bawah pimpinan Khalifah Umar al Khattab telah berjaya menawan kota ini dari Kerajaan Byzantine tanpa ada sebarang pertumpahan darah.

Sebagai seorang Khalifah yang amat rendah diri dan sederhana, Khalifah Umar memasuki kota suci ini dengan hanya berjalan kaki .

Tindakan Saidina Umar ini telah memberi satu mesej ccbahawa Islam sebuah agama yang mencintai kedamaian dan keselamatan tanpa mengira bangsa dan agama.

Pembebasan Baitul-Muqaddis ini telah membuka satu era baru dalam lipatan sejarah Kota Baitul Muqaddis setelah sekian lama ianya dikotori dengan pelbagai kecurangan dan amalan syirik. 

BAITUL MUQADDIS JATUH KE TANGAN TENTERA SALIB

Suasana kegemilangan Islam di kota suci ini berakhir pada kurun ke-11 apabila Pope Urban II telah mengisytiharkan Perang Salib yang pertama. 

Tindakan ini adalah sebagai reaksi terhadap polisi menghalang penziarah-penziarah Kristian memasuki Baitul-Muqaddis oleh Pemerintah Islam Seljuk. 

Gerombolan Kristian Eropah telah tiba di pintu gerbang kota suci ini pada tanggal 7 Jun 1099.
Setelah mengepung selama 5 minggu, akhirnya tentera Salib  berjaya menawan Baitul-Muqaddis dan membunuh seramai 40,000 nyawa tanpa belas kasihan.

Pemerintahan tentera Salib tidak membawa kedamaian kepada penduduk kota suci ini malah mereka sewenang wenangnya melakukan kekejaman di sepanjang pemerintahan mereka.



Pada tahun 1187 Masihi (setelah 88 tahun dijajah tentera Salib) Panglima Sallahuddin Al-Ayyubi telah berjaya membebaskan semula kota suci ini tanpa dicemari dengan pertumpahan darah

Penduduk kota ini yang bukan Islam diberi pilihan samada ingin berhijrah ataupun terus menetap di  bawah pemerintahan Islam dengan jaminan pemeliharaan keselamatan nyawa, harta dan tempat ibadah mereka.

PENUBUHAN NEGARA HARAM YAHUDI

Kejatuhan Daulah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924 telah memberi khabar duka buat umat Islam. Bumi Palestin dan bekas tanah jajahan Daulah Uthmaniyyah telah diagih agihkan kepada tiga kuasa besar iaitu British, Rusia dan Perancis.


Pada tahun 1948 , kaum Yahudi telah dibawa masuk ke bumi Palestin lalu mereka menubuhkan sebuah negara haram Yahudi dengan bantuan kuasa-kuasa Barat.

Bermula dari saat ini kota suci ini terus bermandikan darah. Kini kota suci ini  tidak lagi mengenal erti keamanan dan perdamaian.

Keangkuhan bangsa Yahudi semakin menjadi jadi. Pada tahun 1969 seorang pelawat Yahudi Austria telah bertindak membakar Masjid Al-Aqsa yang memusnahkan mihrab yang dibina oleh Sallahuddin Al-Ayyubi . 

Diikuti pada tahun 2000, Perdana Menteri Ariel Sharon dengan bongkaknya menceroboh kawasan Al-Quds.


Kini ( Mei 2018 ), Kota Suci ini telah dijadikan ibu negeri bagi sebuah negara Yahudi.

BACA LAGI...
Sila klik pada pautan yang berkenaan.

  1. Pembukaan Kota Baitul Muqaddis
  2. Salahuddin al Ayubi
  3. Perang Salib Bhg 1


PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN

Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.

Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.

Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.

Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penajara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.


Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.


Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.
Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. 


Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.

Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.


Catatan :
Untuk ke blog saya yang lain, sila klik pada ruangan 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN

Enter Fleedy.com