Selasa, 25 Ogos 2020

QUBBAT AS-SAKHRAH








Qubbat As-Sakhrah atau “Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning ialah antara seni binaan islam yang tercantik di dunia.

Di dalamnya terdapat sebungkah batu besar yang  tempat berdirinya Rasulullah s.a.w. sebelum naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.







SEJARAH BATU TERGANTUNG

Semasa pembukaan Kota Baitul Muqaddis pada tahun 15H = 636M Saidina Umar al Khattab telah mendapati kawasan batu tergantung ini dipenuhi dengan sampah sarap.

Saidina Umar bersama penduduk Baitul Muqaddis dan tentera Muslimin telah bergotong royong membersihkan kawasan ini..

PEMBINAAN MASJID QUBBAT AS-SAKHRAH

Antara tahun 689M hingga 692M ( 69H hingga 72H ) Khalifah Abdul Malik bin Marwan, khalifah kelima Kerajaan Bani Umayyah telah menambak dan meninggikan kawasan sekitar sehingga menyamai paras Batu Tergantung. 

Lantai masjid ditinggikan hingga menyamai paras Batu Tergantung 

Sebuah masjid telah dibina di kawasan batu tergantung ini bagi melindungi pengunjung Haram As Syarif daripada panas dan cuaca sejuk (salji).

Untuk kemudahan pengunjung turun ke bahagian bawah batu tergantung maka sebuah tangga khas telah disediakan di dalam masjid.

MASJID QUBBAT AS-SAKHRAH DAN MASJID AL AQSA DUA MASJID YANG BERBEZA


Namun begitu, Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci kerana ianya termasuk di dalam kawasan Haram Al Sharif. 

Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadi simbol utama bagi Kota Suci Baitul Muqaddis sehingga ke hari ini.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ
 Catatan  

Dome Of The Rock (Qubbat As Sakhrah) dan Masjid Umar adalah dua masjid yang berbeza. 

Masjid Umar adalah sebuah masjid yang dibina di atas satu kawasan tempat Saidina Umar al Khattab mendirikan solat Zohor semasa beliau berkunjung buat kali pertamanya ke Baitul Muqaddis.

Masjid ini asalnya sebidang tanah lapang yang terletak bersebelahan dengan gereja al Qiamah yang terletak di Beithlehm.

SEJARAH MASJID UMAR ALKHATTAB

Pada tahun 638M, tentera Islam telah berjaya menumpaskan tentera Rom dalam peperangan Yarmuk dan seterusnya menguasai Kota Baitul Muqaddis. 

Ketua Gereja Baitul Muqaddis, Sophronius telah meletakkan syarat agar Saidna Umar datang sendiri ke Baitul Muqaddis untuk mengambil kunci kota itu darinya.

Saidina Umar akur dengan permntaan itu dan memasuki Baitul Muqaddis dengan hanya berjalan kaki tanpa sedikitpun berlaku pertumpahan darah.

Setelah menandatangani perjanjian penyerahan Kota Baitul Muqaddis, Paderi Sophronius telah mempelawa Saidina Umar Solat Zohor di dalam Holy Sepulchre atau dikenali sebagai Gereja al Qiamah. 

Dengan penuh hormat, Saidina Umar menolak pelawaan tersebut sebaliknya beliau mendirikan Solat Zohor di satu kawasan lapang bersebelahan dengan gereja tersebut. 

Di atas kawasan inilah telah dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.

πŸ’œπŸ’›πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’™πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ



πŸ’œπŸ’›πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’™πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’–πŸ’›πŸ’œ

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

KENANGAN MANIS DI JORDAN

Enter Fleedy.com